Tiada Istilah Kebetulan

Perjalanan dari Papar ke Lahad Datu dengan tekad dan tawakkal kepadaNya yang maha bijaksana yaitu sebaik baik perancangan ialah PerancanganNya terhadap umatNya..17hb 8 2017.

Tiada istilah KEBETULAN dan hidup ini..nauzubillah. Dia telah tentukan sejak dari luh Mahfuz..

Sesudah solat subuh aku dan rakan bergerak ke pantai Makuo sejauh 57km dari pekan Lahad Datu untuk menyaksikan pohon di laut ,salah satu keindahan penciptaan yang Maha sempurna.

Rancangan ku bersama Team Sabah Stargazers untuk melihat dan membincangkan kebolehan Lagoon dan potensi untuk mencerap bintang terpaksa di tangguhkan keesokan hari kerana cuaca amat tidak sesuai dengan bot kecil dalam laut agak bergelora hujan dan angin kencang sekitar jam 4 petang 18hb 8 2017.

.

Kami menukar rancangan untuk bermalam di Sahabat Beach Resort di Felda Sahabat bandar Seri Kencana. Makan malam alhamdulillah disediakan oleh keluarga sahabat pilihanNya di dataran selera..Syukur Rezekimu ada dimana mana..malam ini cuaca masih belum mengizinkan untuk cerapan..

Aku memutuskan untuk rehat dan bangun awal meninjau sebelum perjalanan ke Tebah Batang jam 6 pagi esok..Insyallah moga dipermudahkan..

Ya Allah ya rahman ya rahim..lindungi lah kami yang ingin membantu sahabat kami atas namaMu dan lindungi la keluarga kami dimana pun mereka berada…

yarabbilalamiinn

Advertisements

PetunjukNya dimana-mana

Dikala aku meronta meminta mengenaliMu,meminta bersihkan Qalbuku..ditunjukkannya balasan secara langsung apa keluhan dan buruk sangka ku dihadapanku..Allahurabbi..
basah pipi melihat sahutanMu padaku..menggigil tubuhku..syukur ya Allah..tunjukkan lagi ya Allah.
salam ke atas baginda rasulullah..